Thursday, April 30, 2009

Rasuah



(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


Faktor-Faktor Rasuah

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya amalan rasuah seperti berikut:

1. Hilang atau lemah nilai keimanan dalam kehidupan manusia boleh menjadi faktor berlakunya penyelewengan dalam pencarian atau perolehan harta.

2. Tabiat manusia yang amat suka kepada harta benda. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba.”

(Surah al-Fajr: 20)

3. Tidak bersikap amanah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah pun memberikan dasar kriteria pemimpin, ketua, pegawai dan selainnya untuk dilantik. Sebagaimana firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayahku, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”

(Surah al-Qashash: 26)

Sementara dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Seorang mukmin yang kuat (jiwa yang teguh dan bersih dalam perkara-perkara akhirat) lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah….”

(Hadis riwayat Muslim)

Terabainya amanah iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada seseorang yang bukan ahlinya, adalah salah satu tanda hari kiamat. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.”

Bertanya (al-A‘rabiy): “Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah?”

Baginda bersabda: “Apabila suatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

4. Tidak ada penerapan hukum Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam kehidupan manusia.

5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam secara betul dan menyeluruh.

6. Faktor-faktor yang lain secara ringkas:

(i) Lemah pendidikan agama dan etika.

(ii) Tamak.

(iii) Banyak berhutang.

(iv) Ada keinginan dan ada peluang.

(v) Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.

(vi) Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai cara hidup.

(vii) Untuk mencapai cita-cita.

(viii) Belanja hidup yang semakin meningkat.


Ancaman Kepada Pengamal Rasuah

Ancaman-ancaman terhadap pengamal rasuah adalah seperti berikut:

1. Mendapat kemurkaan, laknat dan kebencian Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2. Mendapat kutukan dan laknat daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

3. Tidak mendapat rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

4. Pemberi dan penerima rasuah diancam dengan api neraka.

5. Rasuah itu termasuk memakan harta dengan jalan yang salah.

6. Rasuah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar.

7. Doa tidak diterima.

Bahaya Rasuah Dan Kesannya

Amalan rasuah merupakan suatu bentuk gejala sosial yang wajib ke atas setiap individu mencegahnya. Ini kerana rasuah itu banyak memberi kesan yang buruk, bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Antara kesan-kesan buruk rasuah itu adalah seperti berikut:

1. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:

(i) Kehilangan pekerjaan.

(ii) Kejatuhan moral atau maruah.

(iii) Menerima hukuman.

(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.

(v) Keluarga terabai.

2. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:

(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.

(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.

(iii) Membebankan golongan orang susah.

(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

3. Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:

(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.

(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.

(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.

(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.

(v) Mengurangkan pendapatan negara.

(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

Penyelesaian Penyakit Rasuah

Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya:

1. Menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan reaksi Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta‘ala mahupun yang sebaliknya.

2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat.

3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan.

4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya.

5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keugamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Qur’an, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama.

6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .....” (11)

(Surah ar-R‘ad: 11)

7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup.

8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam.

9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Qur’an dan berselawat.

10. Menjalankan hukuman ta‘zir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.

11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131.

Penutup

Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syara‘, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Wahai Ka‘ab bin ‘Ujrah: “Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi:

1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak.

2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik.

3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi.

Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur.


Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak yang mempunyai kuasa.Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Selalunya yang menerima rasuah ini tidak akan wujud sekiranya tidak ada yang memberi. Tetap bagi segelintir masyarakat yang ingin mencari rezeki terpaksa memberi rasuah untuk mendapat sesuatu kontrak ataupun pekerjaan..

Situasi A:-

Si A(org berkuasa) membantu si B(pencari kontrak) untuk mendapatkan sesebuah tender. Maka si A berkata "kalau kau dah berjaya nanti, janganla lupa memberi hadiah pada aku ya"..maka kata si B "Insyallah Tuan, kalau saya berjaya saya tidak akan lupa pada tuan. itu pun berkat tuan membantu saya"..

Maka apabila si B berjaya dan sudah pun mendapat pulangannya, maka si B pun menunaikan janjinya pada si A.

KESIMPULANNYA..
Adakah mereka ini si A adalah penerima rasuah? dan adakah si B adalah si pemberi rasuah?

SILALAH BERIKAN KOMEN ANDA SEMUA..

Rasuah ini sememangnya begitu berleluasa di kalangan kita masyarakat, samada kita sedar ataupun tidak akan kewujudannya..


Rezeki ratusan nelayan tradisional terjejas teruk

Berita New Sabah Times

Depan-b-30_4
TARIK BOT…Maidin menarik bot miliknya di temani rakan nelayan lain naik ke lorong yang menggantikan sungai Segaliud.
30th April, 2009

SANDAKAN: Ibarat pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga’ itulah nasib yang menimpa ratusan penduduk nelayan tradisi kampung Segaliud sejak Sungai Segaliud ditutup untuk laluan ke laut Sandakan.

Apa yang menyedihkan nelayan di kawasan itu bukan saja mengharapkan janji tetapi punca mata pencarian mereka terjejas teruk sejak empangan Loji Rawatan Air Segaliud beroperasi lewat 2008.

Keadaan ini menghalang laluan air sungai menyebabkan penduduk terputus hubungan terutama rezeki nelayan untuk berulang-alik dari kampung ke sungai, pantai dan laut untuk me-nangkap udang, ketam dan ikan.

“Punca pencarian rezeki kami tiada …kami tidak tahu bagaimana untuk meringankan beban hidup kami dan hutang-hutang kami. Kalau ka-mi tidak ke laut di mana punca pendapatan kami dan nelayan sahaja yang memerlukan kami,” kata Matasan Matahir, 52.

Matasan bersama beberapa lagi nelayan yang bekerja sepenuh masa sebagai nelayan tradisi berkata dia kini menyara hidup keluarganya di kampung dengan terpaksa melalui risiko setiap hari bersama rakan-rakan nelayan lain setiap kali ke laut.

Ini kerana mereka terpaksa melalui lorong kecil untuk menarik bot berserta enjin bot seberat 50 kilo setiap pergi dan balik sejauh hampir 70 meter dengan keluasan tidak kurang 3 meter lorong yang disediakan oleh pemaju menggantikan sungai utama Segaliud yang telah ditutup kepada laluan penduduk.

Tinjauan ke kawasan sungai Segalidu mendapati banyak bot-bot nelayan tersadai untuk menunggu giliran bagi melepasi lorong yang dipanggil penduduk sebagai ‘laluan keretapi’ yang dibina oleh syarikat pemaju untuk laluan alternatif kepada penduduk.

Menurut seorang lagi penduduk, Maidin Selamat, 43, berkata kejadian pada September 2008 masih lagi terngiang-ngiang difikirannya apabila botnya karam ketika melalui empangan loji yang ketika itu dibuka kepada laluan sementara.

Bagaimanapun kata Maidin mereka terpaksa menunggu masa yang lama untuk empangan dibuka dan kemudian meredah empangan loji bagi meneruskan perusahaan mereka sebagai nelayan tradisi.

“Nasib baik saya selamat dari kejadian itu. Masa bot saya karam nasib baik ada sekumpulan nelayan dari kampung menolong saya,” katanya ketika ditemui di kawasan empangan yang kini ditutup untuk laluan.

New Sabah Times yang menemubual penduduk yang tersadai di kawasan empangan rata-rata memberitahu laluan baru yang disediakan oleh syarikat pemaju ibarat lorong kecil yang berkarat besinya kerana tidak efisen apabila air naik dan air surut maka tidak dapat digunakan oleh penduduk.

Apa yang menyedihkan penduduk nelayan di kawasan ini tergolong dari penduduk yang berpendapatan rendah dan biarpun usia mereka sudah lanjut masih lagi turun ke laut kerana itulah sumber pendapatan harian mereka sejak kecil lagi.

Paling ketara ekonomi penduduk merumdun jatuh kerana perbezaan hasil pendapatan warga nelayan ketika dulu ha-silnya tidak kurang RM3 ribu lebih tetapi kini hanya mampu meraih jualan tidak kurang 500 sebulan.

“Dengan kos anak-anak ke sekolah, ditambah lagi belanja orang rumah dan paling kami risaukan tidak dapat hutang dari agensi yang menyediakan kemudahan kepada seperti Ya-yasan Tekun dan Ikhtiar Ma-laysia,” katanya Maidin

Sungai Segaliud merupakan sumber utama pendapatan dan perhubungan laut dan murah kepada lebih 2000 orang penduduk sejak sekian lama se-belum loji tersebut di bina di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun penduduk-nya yang menemui New Sabah Times pada kelmarin mendesak agar wakil rakyat di kawasan bandar ini mengatasi masalah mereka selain mengotakan janji dan jaminan Menteri Pemban-gunan Infrastruktur Negeri ke-tika meninjau masalah pada tahun lepas yang memberi jaminan tidak akan menutup sungai Segaliud.

“Mana janji pemimpin ka-mi? Kami mahu Sungai Sega-liud dibuka semula kepada kami dan kami mahu kehidupan biasa kami dikembalikan.

“Kami semua sedih kerana setiap hari kami ke laut seperti kami fobia dengan ‘lorong’ yang disediakan kepada kami untuk menyeberangi empangan loji,” kata Alo Engkit, 65 yang masih lagi berharap ada sinar baru untuk mereka.

Begitu juga pendapat Sahari Asmara, 30an berkata jika em-pangan loji tidak dibuka kepada laluan penduduk atau membuka semula sungai Segaliud kepada nelayan dari kampung dan untuk perhubungan laluan laut akan terputus dan ia dikhuatiri akan menjejaskan kualiti hidup masyarakat di kawasan yang hanya terletak kira-kira 60 kilometer dari Sandakan.

Penduduk kampung itu ber-kata selain tenaga untuk me-narik dan menaikan bot ke da-lam laluan lorong kecil itu, usia lewat 40 ke 60 sudah tidak da-pat berbuat demikian kerana faktor usia sebegini hanya la-yak untuk nelayan tradisi.

Sehubungan itu, kesemua penduduk yang terkandas di empangan kerana menunggu giliran untuk melepasi laluan itu merayu agar kerajaan melihat keperitan hidup yang kini menyusahkan diri mereka.

Kata Sahari kemudahan yang disediakan pihak pemaju loji tidak memenuhi keperluan seorang nelayan kerana laluan kecil lagi jauh bukan sahaja menyusahkan tetapi menjejaskan kesihatan nelayan di samping kawasan yang gelap.

Menurut penduduk nelayan jika masalah mereka terus ber-larutan dikhuatiri kehidupan keluarga mereka terjejas bukan saja dari melunaskan semula hutang-hutang tetapi juga se-kaligus menambah lagi be-banan kepada golongan ne-layan.

Pertama kali..

Bilalah nak hbs exam ni..aku tak sabar nak packing barang. Kerana esok aku akan balik ke kampung untuk bercuti..tak sabarnya..

Heyy..sempat lagi berangan, exam tak habis lagi ni..

QUESTION 3

Calculate the ABC total interest cost if the bank borrows RM70m through a repurchase agreement (REPO) transaction collateralized by government bonds for four days and the current REPO rate in the market is 5.5%. (4m)

hah..apa benda soalan nak ni..alamak..padan muka aku..sape suruh tak study..asyik ingat nak balik je..sekarang nak jawab apa ni..nak bantai pun, satu habuk formula pun aku tak ingat..

OKEY guys you have another 5minutes left, finish up your last word..and make sure you have fill up the form..dont forget to write down your name and matric card no..

Alamak..arrggghhh..dah nak habis masa rupannya..macamana ni..hmm,dahla, lantak r..yang penting esok aku balik kampung..yahooooo...

7.00am

TEKSI...TEKSI..
" Pakcik... boleh hantar saya kat KLIA?"

"Boleh..naiklah..
anak nak ke mana ni dengan beg banyak ni?"

"Saya nak balik kampung pakcik..saya orang sabah. Dah lama tak balik, ni baru 1st time nak balik sejak datang belajar kat sini.."

"Owh..orang sabah bah.."
kenapa orang sabah suka sebut 'bah' eh?..sebab sabah ada bah kat hujung eh?..hehe

eh takdelah pakcik, 'bah' kat hujung tu ada maksud. tapi maksudnya berlainan bila di gunakan pada certain2 perkataan..susah saya nak explain pakcik..'bah' dengan 'ok' lebih kurang sama je maksud pakcik..

Owh yeke..em anak ni sabah bahagian mana?

Ranau pakcik..yang ada gunung kinabalu tu. Em pakcik dah penah datang sabah?

Tak pernah lagi..tak nak lah pakcik datang situ..takut pakcik..pakcik dengar orang sabah tinggal atas pokok eh?

Monolog dalaman..
mulau nedi ti tulun ei..kam isai di kepio tulun id sabah modop hile sawat dot kayu ei..panansawa nedi ti tulun..agaye negi meti walai hile sabah ke hiti..(Dusun)

Eh takdelah pakcik..manade orang tinggal atas pokok pakcik..umah saya pun atas tanah..huhu

yeke..hehe..dah lama pakcik dengar macam tu,sejak zaman pakcik muda2 dulu..pakcik pun faham sampai sekarang lah..tu yang pakcik taknak datang sabah..

Cubalah pakcik datang..mesti terasa nak datang lagi..lagi2 kalau pakcik datang ranau..kat ranau ada kundasang..kat situ pakcik..sejuk macam kat luara negara..hehe

Owh..macam kat cameron highland eh?

A'ah pakcik..tapi kat kundasang lagi best pakcik..

senyap seketika..aku pun tertidur sekejap..

nak..dah sampai dah..

hah..eh pukul berapa ni..
alamak 8.30..hmm, nasib baik..flight pukul 9.00am..
berapa pakcik?

RM80 nak..

Nah..terima kasih pakcik, jumpa lagi..Assalamualaikum..

Walaikumussalam..

9.45am

monolog dalaman..
kat mana aku nak masuk kat dalam kapal eh..tanya kaunter lah..

Yes miss..can i help you?

em..kat mana saya nak masuk eh..saya nak balik sabah..

Which part of sabah miss?can i see you ID card miss..

kota kinabalu..here..

miss..you dah check in?

hah..apa tu?

boarding pass miss?..

apa tu?saya tak tahu..

miss..you suppose to be at boarding room now..but then, you still not check in yet..so how?check in seasson closed already. flight might be in a minute..sory miss, i cannot help you..

OWH NO..sob..sob..(crying)
please miss..tolonglah..saya tak tahu semua tu..ni pertama kali saya balik sendiri. lagi2 nak sambut raya lagi dua hari..tolonglah..sob..sob..

will be continue..

Wednesday, April 29, 2009

manusia dan hidup

Selamat pagi dan salam istiqamah selalu...

Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurutkan hawa nafsunya,dan mengharapkan ampunan Allah tanpa beramal.

Mengikut J.Bronowski manusia ni merupakan makhluk mufrad. Dan lagi katanya, manusia tidak tunduk pada alam persekitarannya tetapi bertindak untuk merubahnya. Perkataan "manusia" berasal dari bahasa sanskrit, manu yang bermaksud berfikiran dan berakal budi.

So, sekarang kita tahu bahawa manusia ini berakal. Maksud berakal ini adalah " mempunyai otak yang mana manusia mampu untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk". Sebagai manusia yang berakal, seharusnya kita mengunakan akal sebaik mungkin dan berfikir sejauh dan sedalam mungkin apabila ingin bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau bila tiba saat untuk membuat keputusan.

Sebelum itu, kita haruslah tahu kelebihan manusia ciptaan ALLAH S.A.W ini..dengan mengetahui dan mensyukuri semua kurniaan ini, barulah kita akan tahu tahap kemampuan dan tahap kelebihan yang ada dalam diri seseorang manusia itu. Dengan pengetahuan ini, barulah kita akan mengunakanya sebaik mungkin untuk menjalani hidup di dunia ini yang hanya singahan manusia untuk ke destinasi yang sebenar iaitu "Akhirat"..

Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak adam, KAMI angkat mereka di daratan dan di lautan. KAMI beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan KAMI lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan-AL-ISRA',70-

Tahu tak, otak kita ni terdapat dua bahagian:-

(Otak kanan-kreatif)
  1. Yang mana kebolehan manusia membentuk kefahaman sesuatu konsep secara mengaitkan dengan ciri2 yang serupa.
  2. Kebolehanmengetahui sesuatu dengan tidak melalui proses berfikir yang biasa/mengikut gerak hati.
  3. Kebolehan memahami idea secara keseluruhan.
  4. Kebolehan menyusun idea2 dengan cara baru dan imaginaif.
  5. kebolehan memproses lebih daripada satu jenis aktiviti minfa dalam satu masa.
(Otak kiri-logik)
  1. Terancang dan berstruktur
  2. pengiraan
  3. penulisan
  4. pandai mengawal perasaan
  5. abstrak
  6. rasional
  7. logik
  8. terperinci
Dan banyak lagi sebenarnya, tapi cukup sekadar mengetahui ini yang sedikit, so lebih mudah di ingati dan difahami seterusnya mudah di amalkan.

Hidup sememangnya sukar difahami sekiranya kita fikir hidup ini sukar(negatif). Kerana sememangnya kita adalah seperti apa yang kita fikirkan. Untuk dapatkan hidup yang mudah adalah senang dengan cara berfikir mudah(positif)..simple like that.

Manusia dan hidup ini sangat berkait rapat dengan penciptanya. Setiap individu manusia itu mempunyai kepercayaan tersendiri terhadap pencipta mereka. Sesukar macamana pun hidup ini, ketenangan adalah sesuatu yang pasti dicari.

"Hendaklah manusia itu menganalisa dari apa dia dijadikan.Dia diciptakan dari air yang dipancarkan,keluar dari shulb(tulang belakang) dan tara-ib(dada).At-Thariq,5-7


Dan jalan yang terbaik bagi umat islam adalah berbalik semula pada dasar kejadian manusia. Kerana itu adalah salah satu penunjuk jalan ketenangan kerana ia menyedarkan kita bahawa kesusahan itu adalah ujian.Kesenangan juga merupakan ujian, dan hanya manusia yang sentiasa berjaga yang akan sedar semua itu.

Kesedaran itu datang dari otak kita yang hebat ini, kerana bermula dari otak lah yang menjadi faktor utama untuk berfikir.

Hidup adalah corak perjalanan yang akan manusia tempuh. Dan ada seribu macam corak dalam hidup manusia itu..seharusnya hidup tidak mempunyai akal untuk bergerak.Sebaliknya manusialah yang mencorakkan hidup manusia itu sendiri. Sekiranya hidup sebagai manusia yang biasa2 sahaja yang di ingini, maka sebagai manusia biasalah ia akan jadi.

Tujuh sikap yang boleh melemahkan diri anda ialah tidak berfikir, tidak mengambil tahu, tidak ambil tahu, tidak ambil peduli, menggangap diri terlalu sibuk, mengandaikan boleh hidup sendiri, tidak punya masa untuk membaca dan mencari ilmu dan tidak berminat.


ALLAH TAALAH WA BARAKAH FIKUM...

Al-quran dan hadis Qudsi..

Al-Quran

1-Dari segi bahasa:
Himpunan dan bacaan : Himpunan huruf-huruf dan perkataan-perkataan antara satu sama lain ketika membaca.

Dalil : Firman Allah Taala

2-Dari segi istilah :
- Al-Quran ialah kalamullah swt yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bahasa Arab.

- Merupakan suatu ibadah bagi orang yang membacanya.

-Al-Quran tidak disandarkan kecuali kepada Allah swt sahaja. Seperti : ...قال الله تعالى

-Al-Quran disampaikan kepada kita dengan tawatir, iaitu tetap ((قطعي الثبوت

-Al-Quran daripada Allah swt dengan lafaz dan makna daripadaNya, dimaksudkan juga sebagai wahyu dengan lafaz dan makna.

Sesungguhnya, Al-Quran merupakan ibadah dengan membacanya. Sepertimana dalam hadis, Rasulullah saw bersabda :
من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حستة, والحسنة بعشر أمثالها, لا أقول (آلم) حرف, ولكن ألف حرف, ولام حرف, وميم حرف – رواه الترمذي عن ابن مسعود.


Hadis Qudsi


1-Dari segi bahasa :
Sandaran kepada القدس iaitu sandaran yang menunjukkan kepada ketinggian dan keagungan kerana isi-isi kalimah yang menunjukkan kepada penyucian dan pembersihan. التقديس : تنزيه الله تعالى, التقديس : التطهير, وتقدس : تطهر

Dalil : Firman Allah Taala


أى نطهر انفسنا لك

2-Dari segi istilah :
- Iaitu suatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw daripada Allah Taala. Iaitu Nabi meriwayatkannya dengan isi atau kandungannya dari Allah swt tetapi menggunakan lafaz dari Nabi saw sendiri. Contohnya :

عن أبي هريرة رضي الله عنه- عن رسول الله (ص) فيما يرويه عن ربه- يد الله ملأى لا يغيضها نفقة سحاء, الليل و النهار- أجرجه البخاري

- Isi dan kandungannya daripada Allah swt, dan tidak mukjizat

-Sesungguhnya ianya di sandarkan kepada Nabi Muhammad saw

-Hadis Qudsi kebanyakannya disampaikan dengan آحاد iaitu ketetapan yang ragu-ragu,
(ظنية الثبوت )

- Kadang-kadang ia shahih, hasan dan boleh jadi dhaif

-Hadis Qudsi makna atau isinya daripada Allah swt tetapi lafaznya daripada Rasulullah saw sendiri.

-Hadis Qudsi tidak termasuk mukjizat, membaca atau mempelajarinya adalah ibadah yang umum, tidak seperti bacaan al-Quran.


Tuesday, April 28, 2009

Pesta buku Antarabangsa 2009

Allhamdulillah, akhirnya..sy dapat juga ke pesta buku yang sudah lama sy nantikan. Apatah lagi sy sangat bertuah kerana dapat bergambar dan dapat tandatangan seorang penulis yang terkenal (faisal tehrani). ini pun tanpa di duga sebenarnya, kerana seorang kawan saya (sharin mujin) yang merupakan peminat buku juga seperti saya.

Dari kedah nun jauh di sana, dia sanggup datang KL semata2 untuk ke pesta buku ini dan berjumpa dengan penulis pujaanya. Dan akhirnya, tidak sia2 pengorbanan beliau..kami sempat beli "ketupat cinta" dan dpt tandatangan dr faisal tehrani. mesti senyuman kawan sy tu lebar sampai ke telinga masa dalam perjalanan balik ke kedah..

kawan sy ni byk suggest tentang buku2 penulis yang lain..walaupun sebenarnya saya ni minat buku motivasi je,tp dia nasihatkan supaya jangan tertumpu pada satu buku saja..coz ada banyak lagi penulis 2 ilmiah yang lain..maka saya pun terimalah saranan kawan saya tu..ada 7buah buku saya beli masa kat pesta buku tu..dan untuk pengetahuan kawan saya tu,ini lah first time saya beli buku dari penulis lain..saya ni peminat h.M Tuah..tapi, sayangnya..tak sempat pun jumpa penulis sy ni..

Apa pun saya terima dengan redha..hehe

saya harap lepasni pesta buku akan dia adakan lagi dalam tahun ni juga..boleh borong buku lagi..murah2 semuanya..tak rugi beli kalau berunsur ilmiah..:-)

Nasihat Luqman..

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada luqman, hikmat
kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya):
Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)
dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah
terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak
bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana
sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
[31;12]

Dan (ingatlah) ketika luqman berkata kepada anaknya, semasa
dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku,
janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu
kezaliman yang besar.[31:13]

(luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak
kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang
baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia
tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di
bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi
dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang
tersembunyi.